Assalamualaikum
rasanya da lama sangat tak update tentang Solo kan..sorry guys..hamba terlalu busy..hehe..mesti pelik kan nape tetiba da part 7..mana part 6?ok sebenarnya..part 6..i nak citer pasal bandung..tapi disebabkan entry tu da stuck selama 2 bulan lebih..i ambil keputusan meninggalkan part 6 dan menulis entry part 7..sebenarnya malas..haha cerita tu terlalu panjang.
seperti biasa..mari mulakan hari dengan aaalii cafee..tetiba teringat iklan fahrin ahmad dance lagu tu..euuww..x sesuai..haha..ok ok..mari mulakan hari dengan tumbukan padu ke udara!!
hari ni i nak citer pasal pacitan..tetiba rinduuuuu sangat kat pacitan..erm pacitan ni lebih kurang 3 jam dari solo..btw..solo tak de highway..makanya..sepanjang 3 jam perjalanan ni, we olls lalu jalan kampung la..dimana kiri kanan u oll akan tgk rumah2 kampung..actually tak rasa pun perjalanan 3 jam tu..we olls pergi sane naik kereta sewa which means ada orang yang hantarkan we olls ke sane..sampai2 sane, we olls plak y sewa kereta..tapi boboy le yang bawa..gugurl jadi co-pilot je.. :D
jalan kampung yang mendamaikan
we olls pergi sane 2 or 3 hari...seriously journey yang awesome..sampai2 je kat sane..we olls terus pergi rumah Aprilia..dari rumah dia..da boleh nampak laut..oh ya..Pacitan terkenal dengan laut dan pantai..seriously CANTIK sangat..
pemandangan dari rumah April
then lepas tu, we olls check in hotel kat situ..sorry i tak ingat hotel apa..tapi yang penting..hotel tu dekat dengan pantai la..disebabkan we oll x punya banyak masa kat pacitan sebab sampai pun da tgh hari..so we olls trs prg Pantai Srau..nak pergi pantai ni punya la jauhhhh..senang citer pantai ni belakang bukit..
satu dua tiga..mandiiiiii
boboy da bersiap tuk mandi
rasa macam kat kampung sendiri :)
aktiviti rasmi..bergambar!
cik ain
tengokla air dia..biruuuuu sangat
da namanya pergi pantai..tak sah la kalo tak basah kan..celup celup kaki..last2 basah juga sebab ombak dia kuat sangat dan membuatkan i terjatuh..so macam mana ni??baju ganti da la tak bawa..i olls pun gigih la nak cari kain kononnya...hmm hampeh..mana ad jual kain kat situ..bukan i je yang basah..ain dan april pun basah juga..so lenjan je la naik kete basah2 kan..haha
kang da basah tu..hehe
lompatttttt lagi :D
April dan ain :)
bila da penat main air..we olls pun bersantai sambil minum air kelapa muda..so romantik u olls cuaca kat situ..honeymoon pun menarik juga..haha..kat pantai srau ni..ada kawasan yang kita boleh tengok kesan batu karang..wow..memang menarik..rugi tak pergi..
madi dan suhail
i rasa kalo nak jumpa pantai2 yang cantik kat Malaysia ni..agak susah la sebab nak kene pergi pulau baru la dapat tengok yang cantik kan..kat sini..rata2 pantai dorang memang awesome bangetttt..
bila hari da nk malam, baru la we olls bergerak balik..memang quite scary la balik malam2 sebab kawasan tu tak de lampu jalan..Alhamdulillah..we olls sampai juga hotel..
esoknya..we olls pergi Gua Gong..nape panggil Gua Gong??sebabnya kat dalam gua tu..ada satu batu yang dimana bila kita ketuk..dia akan bunyi gong gong gong..ok..ni bukan cerita hantu kum kum ok..haha..bila u olls masuk gua ni..dan bila u olls keluar balik..baju u olls boleh diperah airnya..haha..panasssssssss betul dalam gua ni..berpeluh2..muka u olls akan nampak macam da lari 1km..haha
kat luar gua ni..ada banyak stall2 yang jual cenderahati..banyak jual batu2 la..i olls mana la tahu pasal batu2 ni..so i olls tak beli pun.. hehe
lepas da penat masuk gua gong tu..we olls teruskan perjalanan ke Pantai Klayar..ok disini bermula la pelbagai tragediiiii...nak citer pun rasa seram je..
macam biasa..nak ke pantai klayar ni juga amik masa yang lamaaa tuk sampai..tak de benda yang cantik yang kita boleh dapat dengan mudah kan..tapi perjalanan lama tu sangat berbaloi bila tengok pantai ni yang sangat sangat cantik..rasa macam betul2 kat oversea u ollss..
Pantai Klayar
orang kata..kalo da sampai pacitan tapi tak pergi pantai klayar ni..memang tak sah la..ceyhh gituww..haha..waktu we olls sampai ni..hari da nak hujan da..bila tengok ombak mula bergelora..terlintas di hati.."bahayanya ombak ni"..well tak sangka..hari tu da mencipta satu sejarah atau titik hitam dalam hati gugurl...
bergambar dulu..
ombak yang scary
masa sampai..we olls terus solat dan makan..lepas tu baru jejalan kat sekitar pantai ni..masa on the way nak ke bahagian yang lebih menarik..gugurl kene lalu kat satu celah batu ni..macam mana ek nak cerita..tapi dipendekkan cerita,,masa gugurl lalu tepi batu tu,,tetiba ombak besar datang dan tarik kaki pika..nasib baik mimi sempat sambut tangan pika..kalau mimi tak sambut..pika akan masuk dalam pusaran ombak besar dan mungkin pika tak kan ada kat dunia ni..pusaran ombak tu sangat scary..i dengan ain kena juga ombak tu cuma tak sampai jatuh..kalo i jatuh..ain jatuh..confirm mimi dan pika akan jatuh sekali..dan mungkin we olls semua tak de kat dunia ni lagi..tapi ternyata Allah masih nak bagi gugurl peluang untuk terus hidup...
sebelum kejadian
kawasan kat belakang tu la y we olls nak pergi
tengok orang pun nampak kecik je
awan da mula berat
ombak ni sangat kuattt
ombak ni la yang mengubah segalanya
masa tu boboy tak de..sebab well..da namanya laki..harusla selalu lambat kan..dorang datang slps kejadian tu berlaku..so gugurl batalkan hasrat untuk tengok bahagian menarik tu dan hanya boboy je tetap kental meneruskan perjalanan tengok kawasan yang menarik tu..
pic dari kawasan yang menarik tu
ateng
mereka berjaya naik
teman dari indo..
seriously..gugurl trauma dengan kejadian yang berlaku..sebagai peringatan..tak kira la ke mana kita pergi..jangan terlalu gembira..tu je..dan rupanya kawasan tu memang banyak kematian terutama bila ombak bergelora..
i olls tak ingat i olls pergi mana lagi masa kat pacitan tu..so untuk hari ni...tu je la yang dapat i olls cerita..pengalaman dan tragedi pacitan..i olls akan ingat sampai bila2..Pacitan tu juga banyak merapatkan hubungan we olls..terima kasih Pacitan untuk semua memori..terima kasih Allah kerana memberi kami harapan dan peluang untuk terus bertaubat..
No comments:
Post a Comment