Monday, 8 April 2013

Solo part 2: Masa untuk berjimba!

Assalamualaikum

Minggu pertama lagi..aku da pergi mall..dan dan dan aku pergi mall pada birthday aku...wahh sangatla terharu.. :D First mall yang aku pergi kat sana adalah Solo Grand Mall (SGM). aku anggap SGM ni macam Mines la..tak kurang hebatnya mall ni..banyak kasut murah2 kat sini, beg cantik2..baju lawa2..semua la ada..guess what..kasut sneaker tu just RM16 je...omaigod..murahnya. :D

ni la SGM :)
yang tengah tu..teman kami dari indo, Tita



keluar on my birthday :)


Mall seterusnya yang ada kat Solo adalah Solo Square (SS)..


aku suka pergi SS ni..SS ni macam Mid Valley la..SS ni lebih kepada family la..Apa yang bestnya mall-mall kat Solo ni...kat tengah2 mall biasanya akan ada live performance..dan paling bestnya setiap weekend pasti dan wajib ada persembahan..kadang2 kita boleh lihat budak2 tadika buat persembahan..kiranya mall ni hidupla kan dengan budak2....sangat jarangla kalau u nak tengok benda2 macam ni kat Malaysia kannnn..

budak2 tadika buat performance

hanya mampu tengok dari atas


dan paling gempak lagi...wayang kat SS ni memang menarik sangatla..first time aku pergi wayang macam masuk lobby hotel..seriously...aku tak jumpa wayang macam ni kat Malaysia..mungkin ada..tapi aku je tak tahu kot..




teruja kan..rasanya ada 3 cerita yang kitorg pernah tengok kat sini..5cm,wreck it ralph dan hobbit..seriously ketiga2 cerita yang aku tengok ni x mengecewakan langsung..dan yang bestnya lagi..semua movie ni kitorg tengok 3D punya sebab 3D kat sane murah je..lebih kurang RM10 je.

dan tempat favourite kat SS bagi ain..adalah inul vista karaoke..disebabkan mimi ngan fara tak minat masuk tempat2 macam ni..makanya aku dan pika yang akan teman ain karaoke...hehehe..da teman tu haruslah melalak sama2 kan..oh kebetulan pula..aku satu bilik ngan ain dan pika..so kalau pergi karaoke tu..memang ambil masa sejam la...lagipun tempat karaoke ni cantik..first time masuk..teruja i..




bersungguh betul mereka menyanyi

lagu favourite ain.


dan dan apa yang bestnya lagi kat SS ni...tempat games dia..tak macam kat sini..kat sana more friendly..selalu la kita akan tengok ibubapa bawa anak2 dorang main kat sini..dan tu perkara biasa..sebabnya kat sane kurang sangat tempat rekreasi..so hanya bawa kat tempat2 macam ni la kot dorang rasa boleh spent masa ngan anak2..so jangan pelik kalau tengok parents bawa anak2 dorang kat tempat macam ni...tempat ni sangat environmental friendly..hehehe





mall ketiga yang ada kat Solo ni adalah Solo Paragon...tempat ni macam Alamanda la..dan mall ni je yang akan tutup lambat sikit kalau ada midnight sale...dan aku akan selalu dapat message dari kekawan indonesia pasal sale-sale ni.. 

"fifi..malam ini ada midnight sale di Solo Paragon..Yuk pergi dong"

disebabkan aku ni memang kaki shopping..memang laju je la aku ke Solo Paragon tu kan..kebanyakan baju2 brand..ada jual kat sini..so macam orang kaya je la boleh shopping kat sini...aku tak kaya pun sebab tu tunggu sale je..






kalau nak ikutkan..hampir tiap2 minggu juga aku akan ke mall..time ni la kita kene gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya kan..kalau tak ke mall..memang akan ke tempat2 lain..pokoknya memang keluar la..

well kalau u all nak shopping bukan kat mall dan nak beli ole2 misalnya..u all boleh pergi PGS (Pusat Gedung Solo), BTC (Benteng Trade Center) dan Pasar Klewer..kat sini mmg banyak la kain ela..kain pelekat..baju kebaya..telekung..sila sila tuk membeli :)

kalau tak keluar..aktiviti lapang akan diisi dengan memasak..ye kami memasak disane! semua orang pun da boleh kawin da sebab semua orang pun da pandai masak sekarang ni.. :D

sebelum memasak..kene la shopping beli barang-barang tuk masak kan.



sedap tak sedap..tu belakang cerita..yang pentingnya perut kenyang..hati senang..





sebenarnya banyak je lagi picture lauk2 ni..tapi ada kat fon pika..disebabkan handphone dia dibawa ombak Pacitan..so x boleh la upload pic tu..

kebiasaanya kitorang pergi mall or tempat2 shopping ni naik teksi je..murah sangat teksi kat sane..dan kebetulan kitorang kan ramai..share2 duit teksi..tak la rasa mahal..dannnn teksi kat sane kebanyakkannya menggunakan avanza...see lebih advance taw..rasanya pernah naik bas 2-3 kali je kot sebab lambat la naik bas ni..




pergi tempat orang tapi tak jadi wisata kuliner..x best juga kan..wisata kuliner ni maksudnya u try makanan yang u tak pernah makan la..








our favourite food..kat sane cuma RM3-4 je..

sebenarnya banyak je lagi makanan yang best kat sane..kalau upload semua..memang sampai esok pun tak habis..hehe


apa cabaran terbesar kat Solo? ok..soalan yang bagus...jawapannya adalah...

kawan



iya..kawan..inilah kawan yang kau kena hadap selama 4bulan..inilah kawan yang kau kena kongsi suka duka bersama..bagi aku..aku anggap mereka ni sebagai latihan aku untuk jumpa jodoh aku...kalau aku tak boleh survive dugaan ini,..macam mana bila da kawin nanti kan.. sebenarnya dugaan ni mematangkan kita juga..setiap dugaan yang datang semakin mendekatkan kitorang.. :)

Alhamdulillah..saya gembira bersama mereka..




tak tahu nape ain harus buat muka macam tu



mereka ni da tahu da baik buruk perangai aku...da pernah tengok aku menangis...da tahu semuanya tentang aku..tak kira perempuan ke lelaki ke..aku sayang ketujuh-tujuh kawan aku yang sama2 pergi solo ni..

ok next entry aku akan bercerita tentang percutian!

selamat bercuti kekawan.

No comments:

Post a Comment